Friday, 1 April 2011

Rahsia di sebalik 'April Fool'

Salam... harini dh 1 April 2011.. cptnya dh bln 4..huhuhu.. Yup.. bila bln april ni, pasti sume tahu kn tntg APRIL FOOL..sme lh jgk cm Valentine day..satu budaya barat yg biasa sgt kita dgr n ade jgk yg meraikannya bila tiba bln April....hmm, hope kita semua especially sbgi umt Islam jauhkan lah dr bdya2 barat ni yerk...n kene tahu jgk knpa x blh nk raikan April Fool ni...bkn pe, ade kalangan kita yg tahu tp still nak raikan jgk..mcm valentine day...so,tepuk dada tanya iman lah...jom kita bca sejarah disebalik April Fool ni k...




April Fool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.




original by: halaqah.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...